Tag:
Sys Yayath
Sys Diana
Atyn
Prize that i would wanna owned :
Saya sangat gigih ye memilih hadiah, bersinar sinar mata lepas berpinar pinar pergi follow and like page mereka. Haha.
My muslimah's doodle :
Whut is the definition of muslimah :
Bagi saya, muslimah kebiasaannya diukur melalui cara mereka berpakaian dan taat kepada agama. Jilbab perlu melebihi dada kerana takut ia akan mengundang fitnah. Apabila di tempat pengajian, saya memang adore mereka mereka yang bertudung labuh ni. But then, i find something that do differentiate the definition of 'MUSLIMAH' in themselves. Dalam 10 orang yang sempurna pemakaian mereka, hanya 5 orang sahaja yang saya memang respect habis. Memang tabik tahap spring. Apa dia?
- Mereka benar benar mengikut ajaran Islam apabila berbicara tentang lelaki.
1. Jauhi lelaki bukan mahram. -Bukanlah bermaksud mereka tidak kawan dengan lelaki, tetapi ada caranya such as suara tegas.
2. Mereka tidak bergayut. Maksudnya? Tidak bertelefon dengan lelaki sehingga lewat malam.
I said this matter due to my experience. Saya pernah berjiran dengan muslimah, jiran di dorm. Jadi saya tanya pengalaman kawan saya semasa sebilik dengannya.
3.Mereka tidak bergosip.
I do find some of the muslimah, they were gossiping. So, I think we should not do those 'lagha' thing.
Jadi, itu membuktikan tidak semua manusia sempurna. Tetapi, bagi saya orang yang sempurna pemakaiannya tetapi kurang dalam sesuatu hal yang lain adalah tetap lebih baik dari diri kita yang begitu banyak kekurangannya. Saya tetap respect mereka.
Dan secara umumnya, nowadays punya life adalah sangat berbeza dengan life orang dulu-dulu. Wanita sekarang kebanyakannya bekerja. Mereka perlu bercampur dengan masyarakat, selain menjadi surirumah. Jadi perkara di bawah ini akan membolehkan mereka menjadi muslimah yang tidak hanya perlu direspect dari segi pemakaian, tetapi yang lainnya juga.
1. Menjaga batas pergaulan.
Menjaga batas ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh bekerja atau belajar bersama dengan lelaki. Tetapi ada garis panduan yang betul semasa bergaul.
2. Lemah lembut semasa berbicara.
Based on my experienced, mereka mereka yang muslimah ini percakapan mereka adalah sangat lemah lembut. Tetapi, dalam lemah lembut tu, ada juga ketegasannya. Dan ini yang buat saya betul betul hormat pada mereka.
3. Melayan semua muslimah sama rata.
Ini bermaksud muslimah melayan perempuan yang kurang pengetahuan agamanya dengan baik. Kenapa? Kerana mereka percaya, dengan berbuat baik, akan lebih senang untuk memenangi hati mereka.
4. Berpelajaran.
Saya begitu respect muslimah yang pelajarannya mereka mengkagumkan, padahal saya memang selalu melihat mereka ke masjid atau surau menghadiri qiamulail, tazkirah dan aktiviti aktiviti lain. Ini membuktikan, aktiviti keagamaan itu tidak membebankan. Islam agama yang mudah.
Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih
wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad)
Dan yang lainnya :
Taat kepada Allah s.w.t.
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Madah dari http://teratakimpian.blogdrive.com
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
I'M PROUD TO BE A MUSLIMAH
NOTHING TO BE ASHAMED OF
9 comments:
wahhh...comelnye doodle muslimah tu:)
hehe...thanks tag sis cik 'ain:)hihi
info yang menarik untuk perkongsian^^
good luck dear..moga ada rezeki kamu..cantik laa
semoga berjaya ain :)
jadi wanita muslimah ye kaja ..
gogo!!
thanks ain, saling ingat mengintati :)
ain....thanks for tagged akak..tp akak tak berapa nak free skang ni nak mengarang mcm ain..hehe
pewwit~ tengs tag kite.soe tak dpt join. kena crik idea nak menaip tu. hehe. btw, gudluck kak! entry terbaekk wok :)
assalamualaikum.
tahniah kak ain! :)
result dah kuar..jom tgk
http://fiqracake.blogspot.com/2011/10/congratulations-to-winners.html
Post a Comment