Kita bersua lagi pada jumaat tahun 2012 ini. Alhamdullilah. Yeay, hari ini tajuk dia adalah mengenai saya dan celak. Sayalah, 'Ain. Tajuk tak boleh belah kan? Saja nak tiru karipap karipap cinta, ingat karipap aje boleh bercinta?
Aku start pakai celak ni time masuk poli. Tangan gatal gatal mintak mak belikan celak. Mak, adik nak! Adik nak! (Merengek cam setan) Oh polipd tercinta. I lebiu! Nak pergi kelas,
Bedak tak payah
Gincu tak payah
Celak wajib
Lama kelamaan rasa macam dah sebati dalam diri. Nak pergi mana mana mesti pakai celak. Time rajinlah. Kalau aku dah malas, bedak yo den tepek kek muko ni ha. Comel jugak! Hehe XD (Perasan kejap! Muntah Muntah Tebelahak! T__T)
Tapi bila aku bercelak, aku rasa bersalah sangat. Sebab aku macam dengar dengar ada orang cakap kalau perempuan pakai celak kat bijik mata ni haram. Bila jumpa ustaz, ustazah ataupun kawan kawan yang muslimin and muslimah, aku jadi segan sangat. Yelah, dah diri sendiri buat salah kan.
Tapi semakin saya membesar, semakin luas pulak pendapat yang saya dengar. (Bukan membesar, tapi semakin besar) Ada yang cakap sunat bagi perempuan dan lelaki memakai celak. Selama ni aku dengar lelaki je sunat. Jadi, semakin itu aku semakin aku ingin tahu.
Rupa-rupanya celak yang diharamkan itu adalah yang tabarruj. Tabarruj means bermekap secara berlebihan. Gincu 10 inci, bedak setebal 100 inci, celak 200 inci, bulu mata palsu 5 helai, pemerah pipi dah sama standard macam badut. Rupanya itu yang tabarruj.
Ibn Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Gunakanlah celak ismid (daripada galian) ke mata kerana ia menambah cahaya kepada mata (yakni menguatkan penglihatan) dan juga menolong pertumbuhan bulu mata. Rasulullah s.a.w mempunyai satu kotak celak mata yang digunakannya pada setiap malam dicalit tiga kali pada mata sebelah kanan dan tiga kali disebelah kiri"
Bercelaklah kalian dengan itsmid, karena dia bisa mencerahkan mata dan menumbuhkan rambut” (HR. At Tirmidzi)
Rasulullah amat menggalakkan umat Islam untuk memakai celak.
Teori rawatan Islam mencadangkan yang pemakaian celak memang dapat membantu mencerahkan pandangan. Selain itu, ianya juga dapat menyejukkan mata.
Perempuan di zaman Rasulullah SAW pula memang menjadikan celak sebagai perhiasan di zaman itu dan Rasulullah SAW tidak melarang.
“Gunakan itsmid, karena itsmid bisa menjernihkan pandangan mata dan menumbuhkan bulu mata” (oleh Imam At-Tirmidzi -dinyatakan shahih-)
ITSMID adalah sejenis batu hitam bahan dasar celak didatangkan dari Ashfahan (Persia), yakni jenis celak terbaik, didatangkan dari belahan barat, yang terbaik dari jenis celak ini adalah yang paling mudah melekat namun bagian dalamnya halus, tidak mengandung kotoran dan memiliki butiran yang berkilauan.
Apa yang penting disini adalah niat kita dalam memakai celak itu. Pakai sebab nak mengorat Adam Levine, ITU SALAH! Mekap sebab nak mengorat Supervisor siz*****, ITU SALAH! Berniatlah kau ('Ain) pakai celak itu untuk menutup aib dan cela di muka di samping dapat mem-freshkan lagi muka semasa bekerja mintak order waffle.
Sabda Nabi SAW : "Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ialah perempuan yang memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain."
Jika hendak bersolek sekalipun, cukuplah sekadar mengenakan mekap yang nipis dan tidak terlalu 'badut'. Bersolek sekadar tidak mahu kelihatan seperti mayat, itu sudah memadai. Fakta yang perempuan kena tahu, lelaki tidak suka dengan kecantikan yang diada-adakan. Lelaki lebih gemarkan natural beauty. (Http://http://baca-blogspot.blogspot.com)
Natural beauty? Apekah menatang itu? yeah, natural beauty adalah seperti yang di bawah ni :
Aaa..! Comelkan? Natural beauty kau 'Ain? Haha, kau orang nak tengokk? Kojap yo!
Gambar diremoved ;P
Tolong tolong dan tolonglah jangan bandingkan saya dengan Heliza Helmi. Jauh panggang dari ayam goreng McD spicy!
Sekian.
(P/s: Ada sapa sape boleh belikan saya celak itsmid tu?)
4 comments:
tahniah ain ...
saya seorang yang malas bermake-up :(
kdg-2 ble owg make-upkan, ckp awl jgn kasi tebal coz rimas :)
http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/mari-pakena-nasi-lemak-meletup-di.html
Kat mana blh dpt celak itsmid tu ea? Nak try! :D
xleh thn tgk gmbr yg last2.
nilah.
nilah kali pertme kte tgk gmbr yg sgt plik
hi2... jgn mrh ain
grau je.
waffle coklat kaya 1. hik2...
Post a Comment