Tips Untuk Lelaki Boy Guy Bla Bla Bla

Ok, kalau kau orang semua perasan dalam 2, 3, 4, 5, 6 hari ni page aku asek bercelotah pasal kontess kontess kontess takpun giveaway giveaway giveaway. Haha. Perasan ke tak? Kalau tak, pergi cek balek pagepage aku tu. Hai, lastlast, aku tukar je name belog aku ni belogkontessaku.blogspot.com. Best ke tak? Baru same meaning dengan pengisiannya. Haha. 

Sebenarnya, kalau nak dibandingkan dengan belog orang lain, belog orang lain yang suka berceloteh pasal kehidupan seharian dia orang tu memang best. Selalunye aku jadi silent reader je. Bace sampai tak ingat dunia and akhir sekali ayat aku, OOOOO. Paham? haha. Khusyuk nyelah pergi stalk page orang. Lagilagi kalau yang ada tajuk entry yang macam menimbulkan syak wasangka. Hehe. Kompemkompem je lah aku picit. Aku jarang sikit cerita pasal kehidupan seharian aku. Mungkin ada entry entry yang akan datang, aku ceritakan kot. Almaklumlah, tengah dok melangok kat rumah sekarang ni. Nak cerita ape je pasal halhal dalam rumah. Mak aku masak ikan paus? Ayah aku beli lori balak? Akak aku jadik PA spiderman? Haha. Tunggu lah nanti aku dah sambong belajar, dari A-Z aku cerita kat sini. Baru seronok, sebab dunia lain. Oklah, sekarang aku sudah melalotlah gamaknye. Dah lari dari tajuk. Hehe. 

Ok, ada dua tips untuk lelaki dekat sini. Tips ni memang kompemkompem pasal awek a.k.a makwe a.k.a gilfriend a.k.a ape lagi? haha


Tips 1 (Maksud tersembunyi luahan hati perempuan)

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Dah salin belum dalam notebook? Tak payah la. Kau orang hapal je la. Senang! Hehe


Tips 2 (Reject Awek)

Nak reject pompuan susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog ni

1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...
2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..
3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)
4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...
5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...
6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...
9) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10
10) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....

Ok, khusyuk yak bace? Ada perasan tak? Hhehe. no.7 ngan 8 tak ada okay! Tak payah tersengih. Janganjanagn. No 7 dengan 8 kene censored pasal tak sesuai dengan tahap umur belog aku ni. Hehe


 Haha, sampai sini je untuk pagi ni. 
Kalau rasa nak baca lagi, KLIK sini.



ADIOS
 

4 comments:

miss lady said...

tips 1 tu betul. oh yehh!! hihi

said...

haha,

pompuan ni memang banyak yang tersimpan makne perkataannye.

=D

♥CIK IERA♥ said...

suke entry ni...pompuan suke berkias-kias...laki pulak payah nk pham...=)

said...

haha,, sebab tu la nak suruh laki bace ni. hhe! pompuan ni kalo becakap mesti ada double meaning.