Assalamualaikum w.b.t
Memandangkan aku macam rajin nak update, cuti gawai yang UITM bagi kat aku, diisi dengan aktiviti tak berpekdah meskipun supervisor final year project aku mintak aku buat keje time-time cuti. Tapi tapi tapi, aku tak buat jugak. Kehkehkeh.
Malam ni aku macam rajin nak update pasal Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik yang aku pergi beberapa minggu lepas. Apa yang bestnya, kali ni buat dekat DATc, Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Sebelom-sebelom ni buat kat tempat cikai-cikai jerk, tapi yang ni macam kebabom sikit. So, I is eksaited!
Alhamdullillah, semester lepas masa sem 6, ramai jugak classmates yang berjaya dapat dean lst. Yeay sekali lagi. Walaupun yang ni kali keberapa je aku merasa, tapi gembira jugak. Untuk orang yang mempunyai otak asyik nak main-main macam aku ni, boleh la tu. Dapat merasa sekali dua, jadilah labu.
Taraaa! Jangan main-main, table kitorang ada sultan tau!
Bahahhaa. Macamana kawan aku si cikgu Shapiq ni boleh pakai tanjak bagai ni, disebabkan tema kitorang perkahwinan. Hadoi la, tak remaja sungguh la tema. Tapi takpelah, boleh fit in dekan kitorang. Bagi tema orang muda kang, tak terikot deyh kang. Pishang!
Nih syamel, yang takde dalam gambar tadi sebab dia yang snapkan gambar. So, aku bagi penghormatan dekat dia letak gambar ko setepek besar. Hamekkau! Sapa-sapa yang nak mengorat syamel, rontikan lah. Dia sudah ada yang punya, yang sebelah syamel tu, kalau nak, bagitau aku. Kahkah.
Nilah dia budak-budak zaman sekarang, sikit-sikit selpie, wefie, biaq pi la depa. Kahkah, jangan salahkan ibu mengandung, jangan salahkan saya, hanya mengikut peredaran zaman. Puiiii
Satu kilometer jarak ko dengan aku, takut permaisuri agung marah lah tu. Haktuii
Jejaka-jejaka kacak idaman Malaya. Haha. Nak ngorat? PM saya.
Overall majlis adalah sangat best dan okay dari yang sebelom-sebelom nih. Sampai aku pulak berangan nak jadik pengantin segera. Haha. Budak tak sedar diri! Selalu makanan tak cukop, but this time, berlebih-lebih pulak. I LIKE!
Sekian, banyak gambar lagi sebenanye. Nanti-nantilah aku aplot.
Muahhciked!
No comments:
Post a Comment