Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum w.b.t guys.

Hey ho, musim persekolahan untuk aku dah kembali. Nampak sangat tak ready, pagi pagi air liur meleleh nak bangun. Haish! Nak nak lagi kalau jadual pukul 8.30 pagi. Rabak mata woi! Almaklumlah aku ni tido macam bebi, nak cukup 9 jam. Kalau dah cukup 9 jam pun, belum tentu lagi mata aku ni nampak lubang hidung kau. Samar samar je, taik mata bekerak lagi. haha

First week ni, jadual macam kompem tak kompem. Nak nak lagi jenis macam aku ni yang kejap add subjek kejap drop subjek. Kacau bilaulah sistem portal uitm tu aku kasi lanyak. Hahahaha ( gelak setan). Aku ni jenis lurus bendul, pergi daftar subjek ikut kelas. Kawan aku punya la genius susun jadual dia bagi jumaat free. Woi, aku jeles kat kau la! Jumaat aku agak extraordinary sem ni sebab ada extra kelas lepas solat jumaat. Seronok la kau 'Ain! Orang da sampai rumah, kau baru nak terhegeh hegeh angkat beg kat pagar Mawar.

Ada jugak kawan aku yang skip kelas seminggu, lepas seminggu baru datang setadi. Untung la kau, lecturer tak ngajor lagi. Kelas aku ada yang dah start enjin, bukan panaskan ye. Dapat pulak lecturer yang banyak soal sem ni, lagilah mahsyuk kelas tu. Aku terketar ketar jawab. Almaklumlah otak blur sotong ditambah asyik menguap tak berenti. Berpeluh peluh la aku dalam kelas tu. Aktif sungguh lecturer kami. Rasa macam kitorang masuk acara 1000x4 meter. Hahhaha

Dan oh ye, semester ni kami kena amek koko-2. Ewah, mula mula dah kompem dapat koko yang duduk je takde lomapt lompat katak bagai, sekali dapat yang dekat uitm sungai buluh. Gila kau, takkan nak habiskan masa naik bas 2 jam semata mata nak pegi koko. Mereka kata jangan salahkan sistem. masalahnya, sistem tu tak halang kitorang pun time kitorang daftar subjek tu. Berapi je telinga aku dengar, bijak sungguh jawapanmu. So, kami decided untuk tukar koko yang dalam uitm shah alam saja, Dan yang paling kosong time tu adalah HOKI. Oh tidak! Kenapa mesti bersukan. Aku dah nangis nangis dah sebab takut lemak lemak aku digadai nanti.

Gambar nanti la aku letak ye! Adios!




1 comment:

syiela said...

hehehhe takut lemak tergadai ye dik :)