Pizza Hut tu sedap sangat ke?

Assalamualaikum w.b.t

Aku menulis entri ini dengan berkobar kobarnya mengalahkan orang nak pergi bazaar ramadhan. Apa kena mengena? Jangan salah paham, berkobar kobar tu sebabnya entri yang aku tulis menjela jela tadi telah selamatnya dipadamkan oleh diri aku sendiri. Nak sumpah seranah pun, nanti kena dekat diri sendiri, so, dalam keterpaksaan aku tulis jugaklah balik walaupun mengambil masa yang agak lama untuk aku bepikir nak tulis ke taknak. Puhhhh, menjela jela aku explain. ;P


Kalau kau semua nak tau, aku bukanlah spesies yang memuja muja pizza hut. First bite tu boleh tahan paradisenya, second bite, third bite, bite, bite dan bite, aku rasa macam kat padang pasir.(bunyi katak). Kalau nak dikira jumlah aku menerkam pintu pizza hut, boleh dikira menggunakan jari tangan sahaja, tak perlu jari kaki dan pinjam jari orang lain.


Pengalaman hang out bersama kawan-kawan makan pizza hut :

First try.

Tahun ni jugak, bulan May 2012. Tak percaya? Tampar diri anda. Tak percaya lagi? Tampar kucing anda. Aku pergi sebab aku merelakan kawan aku pilih nak lunch dekat mana. Jadi, tanpa banyak kata, aku pun ikut jelah buntut mereka. Al-maklumlah, bertahun tahun tak jumpe since last form 5 (for normi) and pelajar dari seberang(si mijah). Seberang refer to seberang laut iaitu Sarawak, bukanlah indonesia mahupun india ataupun bangla. Haha XD

Abaikan muka aku yang macam disapu tepung sebaldi.

Second time.

Kali ni sebab aku pergi menarik sikit sebab orang belanja. Bukanlah sebab birthday aku mahupun birthday kucing aku, tapi sebab nak mengenang jasa aku bagi si tiha tu pinjam kamera comel aku(kamera tu da kena jual pasal nak angkat s2.Harap maklum) Jadi, orang dah nak belanja, takkan kau nak banyak bunyik nak pilih tempat ke hape kan? So, layankan. Jadi aku pun layan je la makan pizza macam makan cengkerik. Erkk?

Sila abaikan gambar yang membajet panas itu.

Tengok gambar tu aku hias lawa-lawa pasal nak mengenang jasa si tiha belanja kami. Masalahnya, sampai sekarang aku tak post post lagi kat FB.

Yang ketiga,

Yang ni terjadi sebab roomate aku meng-warwarkan(aku tak reti eja) ada sale dekat Pizza Hut. Sale? Kau pikir beg apa? Ada package smart lunch tu,


Roomate aku cakap semua dishes harga RM8.90. Aku yang tengah kelaparan macam dinosaur tak makan sepuluh hari rasa macam berkobar kobar bila dengar ada sale. Jadi, dengan gigihnya kami merempit menggunakan rapid KL. Apo jadah eh naik bas kalau Pizza Hut sekangkang kera? Patut la lemak semakin menebal, menepu dan memejal =_=


Rupa-rupanya tak semua RM8.90 tu, sadis(bunyi cengkerik). Menu terpilih sahaja okay! So, aku yang kelaparan ni dah berkira-kira, kalau aku makan sandwich je, mana mampu otak aku diperah untuk baca buku for final exam *alasan



So, kesimpulannya, jumlah purata dalam hidup aku ni untuk diluangkan makan si pizza hut adalah boleh dikira pakai jari kucing korang. Kau orang? Aku rasa kebanyakan manusia suka pizza hut. Payah nak jumpa yang sama spesies pelik macam aku ni.



Salam Ramadhan, semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya ;)

Nak tempah header? doodle? banner? edit blog?
Add fb saya

7 comments:

Unknown said...

Ehhh...tang ni Ain yang ni memang tak sama dgn Ain kat sana sbb Ain yang ni suka gegilegilegile pizza! Tapi kalau pizza hut...Ain jarang jugak pergi kat sini sbb tak banyak choice. Ada pernah pergi dua kali sbb orang nak belanja & sekali masa keluar ngan kawan. Tapi yang bole makan pon yang vegetarian je which is yang ada cheese + tomato tu je. huhu.

Btw, selamat berpuasa Ain kat sana! :D

EMYR ASHRAFF said...

wah! seronoknye pepagi camni dah tengok makanan kat blog sane, blog sini.. heheh

ELFarahin said...

huhuu....kitew geng ke? Farahin takkkkk pernah merasa walau secubitpun pizza hut tu. Sedap ke? Wangi ke? LOL~ pose-2 tanya pasal makanan. What The Food!*no double meaning~ Hahaha... ^^

atyn nayn said...

haihh. time2 ni la cite psl pizza. haha. selamat berpuasa akak! :)

nurulain1011 said...

Ain : Takpe!! nanti Ain balik malaysia, makan semua pizza kat sini eh! hehe ;))

nurulain1011 said...

Ashraf : Bulan pose ni makin berkobar-kobar citer pasal makanan. haha XD

Atyn : Lebiu atyn!

ElFarahin : Sama la kita! Jom sip sip tom tom! Hehe

muhsin.aminudin said...

pizza ni cpt muak. hehe