Uwah, tajuk tak boleh belah! Macam la aku belajar kat afrika takpun zimbabwe ke, takpun sudan ke. Shah alam je kot T__T. Saja nak bagi kau orang semua jeles pasal aku cuti seminggu+4 hari. Lama tak? lama tak? ;P
Ni gambar fresh sehari lepas aku sampai kat UiTM ni. Nak survey survey fakulti la konon kononnya. Risau punya pasal sebab tak ada kawan la katakan. ;P Bila aku tengok fakulti aku ni puye la tak berapa nak jauh dan ditambah dengan bangunan yang melangit tingginya, oh aku pengsan! Tak sanggup nak bersenam. Aku tau aku tau, mesti kau orang cakap, ade lifkan, apeadehal. Lif kat fakulti ni bapak punya canggih pastu nak tunggu pun punye la lame. Lepas tu ada pulak lif macam berpuaka sikit. baru naik lima orang dah tutt tuttt tuttt. OVERLOAD!! Aku selalu kena, time aku menapak je nak masuk, tett tett tettttttttttttt..Kau bayangkan, nak nak lagi jejaka idaman ada kat dalam lif tu. Malu wei, kang dikoba eh den ni gajah. Wadepak.
*Gambaran lif berpuaka kat fakulti aku. ;P
Baru first week aku kat sini, aku sudah menampakkan penampakan taring berjalan aku.. Ngeh geh ngeh. Aku ajak kawan baru aku pergi meneroka shopping mall kat sini. Haha. Kitorang menjelajah ke Sunway Pyramid. Naik bas tu der. Kau jangan memain. Bukan kereta atau jet pejuang mahupon motor kapcai. Bas tau diulangi bas. Gigihnye saya ;P
*Muke hodoh untok korang. Haha
Dan selepas selepas selepas itu, aktiviti harian aku semakin banyak. Kecoh nak cakap bizi macam perdana menteri sampai tak sempat update belog. Sumpah aku tipu. Aku macam malas nak update, sebab tak tau la. Bila aku bukak je new post, terus blur, bila aku mula je nak taip, mule la kawan aku panggil aku la apa la. Blaa blaa blaaa. Haha.
Ouh ye, subjek aku sem ni ada empat je. Ni jadual kelas aku.
Kau orang jangan jelos okai! KBAI!
5 comments:
cik ainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. hehehe..wah dah jadi pelajar uitm hehehe..dak diploma cuti 2 bln huhu x sbr nak balik kolej hehehe
ingatkan baru balik dr zimbabwe~ =.=
welkem to uitm ain... dpt furthur kos ape ye? akak slalu gak lepak kat ptar 3 ngan ptar 4 tu... hehe
gua merajok.dtg sh.alam xjumpa gua.
peh rindu giler kat uitm...kolej mawar kat depan tu n kolej seroja dekat depan sekali tu...huhuhu. hotcat...nak lari dari pak gad sebab pakai bj tgn pendek n masuk lebih time jer kitaorang ramai2 masuk hotel...almaklumler org hotel tu ke dah jd kawan almaklum le klas pun dlm hotel jugak...huhuhu rindunyer :)
Post a Comment