Tips Menjadi Fofular, Ouchhh!

Assalamualaikum w.b.t


Sorry guys, blog aku punya post macam taik kambing. seketul ketul keluar. Haha, perumpamaan yang sungguh busuk! Okay, okay sebenarnya nak update pasal aku jalan jalan kat Jalan TAR hari tu, tapi 'barang'nya tak sampai sampai ke tangan aku. Jadi aku tak boleh nak buat post pasal tu. 


Hari ni aku mau share tips. Hoyeah, bukan tips untuk waiter itu ye. Aku jarang jarang nak buat post pasal tips tips ni pasal aku rasa semua orang dah tahu dan ade ramai lagi blogger yang ohsyem ohsyem dah buat post pasal menda ni.




Macamana kalau aku dah buat, aku tak fofular fofular jugakk? Hahaha.


1. Jadi pendengar setia.
Lepas aku dah bace berputar putar, maksudnya macam ni, jadilah pendengar yang baik kalau kita mahu orang lain mendengar kita. Jadinya, fair and squarelah for kedua dua pihak. Bila dia ada masalah, kita dengar and kalau boleh show that we care. Begitu jugaklah sebaliknya. Macam orang cakap, buat baik dibalas baik, buat taik dibalas taik. Perumpamaan yang busuk lagi =.=



Comel tak kami?
2.Rajin memberi pujian.
Lepas da selak selak, baru aku paham. Maksud kat sini adalah, kadang kadang pujian tu boleh made our day. Kalo ada orang kata aku yang debab ni, 'Awak nampak kurus la, terutama kuku awak, nampak kurus sangat'. Okay, serius aku kembang bermangkuk mangkuk jamban walaupun aku tahu mereka itu serius pembohong. Haha. Tapi jangan puji berlebih lebih, nanti orang lain rasa tak selesa.


Meminta dan memberi ayam kfc.
3.Memberi dan meminta.
Yang ni dia menyentuh konteks menolong dan perlu ditolong. Untuk buat orang selesa dengan kita, kita kena la buat dia selesa. Ringan-ringankan tangan untuk tolong diorang kalau diorang ada prob. Lepas da tolong orang lain, InsyaAllah, kalau kita ada masalah, orang akan tolong kita balik. Like what i've said before, buat baik dibalas baik, buat taik dibalas taik. Perlu ke nak ulang? Serius busuk!


Nampak tak gigi taring aku tu? 
4.Rajin melemparkan senyuman.
Sejak aku bekerja dekat Daily Fresh ni, aku rasa setiap minit aku senyum. Sampaikan dekat semua orang aku senyum sampailah aku senyum sorang sorang. Aku senyum dekat Sam Zarul, dia senyum kat aku balik. Aku senyum kat Atyn, dia senyum kat aku balik. Tu jelah keje pekerja Daily Fresh. Wakakaka XD... Okay, nanti orang kata aku gila pulak kan. Kesimpulannya, kadang kadang tanpa kita sedari, senyuman yang kita bagi dekat orang tu, mungkin benda yang paling happy dia pernah nampak hari tu. Yelah, mane tau orang tu baru lepas kene marah ngan bos ke, bini ke. Baru lepas berhempas pulas pulun dekat tandas ke. Kan kan kan. Sape tau.




Cukup la tu ada empat tips tu. Aku malas nak bagi banyak banyak kat korang. Nanti korang lagi fofular dari aku. Okay, hati sangat busuk! Hahahaha.


Sekian dramatis.


Model : Aku, kawan-kawanku, cepupu tecikku

15 comments:

Unknown said...

wahahah menjadi act bende ni..

syakirahmn said...

bekerjasama berganding bahu, tolong menolong saling membantu.

cewahhh,siap nyanyi lg XD fofular2 karang tetibe peminat bomoh2 kan karang,susah jugak. huhu

Diana @ BKKC said...

alah ain...dah bulan keempat2 menda tu berkurun2 lamenya..nape name akak still tak tercalon anugerah bintang fofuler..peliklah.....hahaha

merahitujambu said...

lawak je.comel tips tu

Nuriy Arisa said...

tips yeng berguna n terBAIK ^_^

buat baik akan diblas baik..
buat taik.diblas taik jugak xD

Kik0 ♥ QiLaH said...

kitew awex comey bukan handsome boy
-_-"

muahaha

Unknown said...

Perumpaan yang sungguh busuk! haha. But Ain sini setuju2 dengan tips ni! Teringin jugak nak jadi fofular! huhu. And ohhh, Ain sini pon ada gigi taring tapi gigi taring tu malu sikit (padahal diri sendiri tak suka senyum nampak gigi haha)!

Btw Ain, Ain sini ada tag Ain sana kat sini! Terpulang la kalau Ain sana nak buat ke tak k! :)

Amboii, berbelit lidah nak cakap Ain sana, Ain sini! haha.

Anonymous said...

kotor ah kau main taik.. =="
gigi taring! gua punya sebelah kiri! rawrr~ ;D

Myra Abdullah said...

hehe..sbnrnye an picture-picture mmg cute laah!
anyway,kalau nk jd popular..pergi jer kdai buku popular.hiiihi

SHAWLiSTA said...

tips yg sungguh bernas seperti cap beras rumah saya bernas. hahaha

atyn nayn said...

waa. ptot la akak fofuler. bwu je kua paper ritu an. haha. pekerja daily fresh contoh pilihan. hehe :p
#jk.hehe:D

cimöt said...

kena pratik laaa pasni..

amrlaqm said...

bnyaknya duit kau~
haha

syahirooAhmad said...

ain... kau tak yah wat gitu. kau mmg dah fofular.. :D

YouSOF said...

Terima kasih, tips yang banyak membantu. Tapi perumpamaan tu memang jenis perumpaan busuk. ;D


1. Betul pun. Sama jugak kita kena jadi pembaca yang bagus untuk menjadi penulis yang bagus. Ada kaitan jugak walau sikit.. kan? hehehehe




Sebelum terlupa nak taip ni lah. Awak memang nampak kuruslah, terutamanya jari kelingking awak. ;P