Aku tau aku tau, kau bace je tajuk, bapak panjang tajuk ( berenti kejap tengok boboy tangkap lalat =.= ) sambung balik, sebenarnya nak cakap aku nak buat ulasan pasal pantang memantang tu. Woahh, macam pengulas bola sepak pulak bro. Kiki, entri ni wujud sebaik dua hari lepas iaitu kelmarin mak aku tegur akak aku yang tengah busy potong kuku pukul 6.59 PM.
Pompuan tu bukan potong. =.=
Mummy said ' Eloklah tu, potong kuku malam malam. Siang banyak malam jugak nak dipotong ehh'
Syster replied ' Belum malam lagi mak, belum pukul 7 lagi '
Dan selepas mak aku keluar, aku mula membuat ulasan,
POTT PET POT PETT PETT POT PET POTT
Dan berikut ulasan aku mengenai pantang memantang itu
1. Tak boleh ekau nak potong kuku waktu malam, kang pontianak datang naik Ducati.
Relevan orang dulu:
Dia orang pakai minyak tanah, samar samar aje bro nk tengok kuku. Potong pakai pisau lipat paling koman pisau blade tu. Salah potong kang jadi macam bawah ni. Pontianak tak hado masa nak datang. Clubbing bro.
Sekarang pakai tenaga elektrik, jadi rasanya dah boleh dah potong kuku waktu malam. Siang malam sama aje dalam bilik aku tu. Haha.
2. Anak dara tak elok nyanyi dekat dapur, nanti kahwin dengan orang tua kerepot. Anak teruna takpa. ;D
Relevan orang dulu:
Karang tengah sebok mendendangkan lagu indie band ke hip hop ke meletop pulak kuali kat dapur pasal panas yang amat. Tak kurang juga, terpotong jari terpotong sana terpotong sini. Dah jadi suicidal case.
Contoh kuat untuk membuktikan kata kata orang tua memang betul. Tokti dapat kahwin dengan Datuk. Datuk dalam google translate adalah grandfather.
3. Perempuan mengandung tak boleh tengok muka pelik pelik, nanti kenan anak kau.
Relevan orang dulu:
Kalau kau suka tengok beruk, tak kurang jugak tengok telebisen cerita Alien versus Predator, nanti ada kemungkinan anak kau rupa macam alien tu, takpun predator =.=
Bagi aku, tu semua kuasa Allah. Tapi kalau dah bapak dia hensem macam Lee Min Ho, anak mesti iras iras Lee Min Ho jugak! TAKNAK PREDATOR! sebenarnya, aku takut jugak! Haha, pengaruh kuat ni.
4. Tak boleh duduk atas bantal, nanti montot kau ada bisul.
Relevan orang dulu:
Tak elok letak montot dekat tempat dimana kepala kau nak landing nanti. Buatnya kentut dilepaskan, tak ke lemas kepala tu.
Lebih kurang macam nilah maksud dia, tak ke lemas kau rasa? Aku yang tengok pun da lemas. UWEEKKK!
Jadi takat itu ajelah ulasannya. Itu pendapat aku. Kau orang macamana? Agak agak pernah tak terkena sumpahan pantang memantang ni? Mana tau betul pulak terjadi. Perghh, menangis siang malam pengsan pagi petang hari hari jumpe pontianak.
Tapi bagi aku, I tak kisah jumpa hari hari. I nak sangat jumpa dengan U. I nak pontianak yang ni.
MUAHHH
Tataa!
38 comments:
HAHAHAHAHHA
gilalah pompuan tuh siap duduk atas muka laki. wekkk
Betul semua tuuuh. Mak Zaty pon cakap macam awak cakap. Lagi satu, anak dara tak elok duduk termenung atas tangga depan rumah sebab nanti lambat kahwen.
Padahal tak elok la kan kalau orang tengok kau asyik termenung je atas tangga depan rumah. Macam dah takda kerja lain kan. Hahahahaa
haniff : Another WEKKKK from me !! Haha. Geli dow
izzaty : Yup, sebenarnya pantang2 tu ade maksod dia yang tersirat. Haha.
hahaha gatai no :P
ada la sebab tu.hehe
mekasih komen entri saya
amboi.. nk yg hensem kebabom je.. haha.. :P
J, Syazwana : Haha tang tuu memang wajib..kehkehh
Pendamba mawar : No biggie dear ;)
Heidi : Yang tu memang tak boleh nak elakk..haha ;P
pantang larang orang tua ada sebabnya..
eee...nak jumpa edward cullen juga!!!
ain, mintak tolong boleh? sy nak tutorial letak "bismillah" tu boleh tak??
owh..setiap kali nak buat entri..anda akan letak la ea?bukan statik kat situ?
erkkkk...takut nye tengok kuku yang ada darah tuh:)hehe
perlu ke aku tengok gambar jari kaki berdarah tu di saat aku sedang makan twisties?! T_T
wah.. nak pontianak yg ensem je.. hehe.. nice doodle.. pandai kamu lukis.. ^^,
geli tengok darah tuh. phuiii
kalau makan banyak pinggan apa pulak pantang larangnya?HAHA
aku taknak vampire sebab tak leh produce offspring
yuckkk,aku termuntah hijo,purple,grey bila tengok gambar kuku kai berdarah tu.. dah la tengah makan pai ayam.. abis suma sisa kumbahan dlm perut ku membasahi bumi.. uwekkkk..
aien : meh tepuk amai same2. Haha!
Sys Yath : Kuku tu tercabott. Agak mencabar untuk dilihat ;D
Mirul : Bayangla hang punya twisties tu disaluti darah...Vampire suka. Haha
Faaein : Haha, mestila nak pontianak yang hensem, takmolah pontianak rambut panjang iklan syampu tu. Haha.. Thanx sys, gamabr2 kat belog u pun cantik2..
Bobot : Kalau makan banyak pinggan jawabnye jumpe di ICU laa.. dah makan pinggan yang berkaca2 tu..nak mati kauu???hahhaa ;D
Kitty : Boleh rasanya. Sebab Bella pregnant.. Hahahaha. Takpela, xmo kawen pun sama dia aihh..
Haha, macam macam der :D
mmg setiap petua org tua ade sbb2 tertentu kaan..;)
eh cik ain,,tu bkn pontianak...kalo tu pontianak sume org nak jmpe ;p
tak percaya ngn pantang larang ni semua... hehe :)
tiap2 hari aku potong kuku.haha
muahahaha btol2 pantang larang
kalo mama aku mengandung lagi, aku suruh dia tengok muka justin bieber ja.. haha.. manetau adik aku macam justin bieber hahahaha..
orang dulu2 cakap kadang2 nampak cm merepek tapi bersebabkan
memang mcm2 pantang larang lah kalo org dedulu ni..hehe..ape lak sebab musababnye kalo bukak payung dlm umah nnt ular datang haa?hehe
ayoyo gmbr ppuan duduk atas muka tu euw..
-ompuan tu duduk atas....hahahaha
-owhh pontianak hensem cmtu cik ana pon mau jumpak tiap hari! hehe
org dulu2 mmg byk pntg larang.. utk jaga adab sopan je sbnrnye.. byk kiasan :)
cik ana.
cik ain.. saya lapar.~~ tapi bila saya tgok kuku berdarah tu.. blurpp.. xde selera nak makan huhu
#kebulur sgt dah ni#
hehe .. mcm2 orag2 tua ckp kan :D
kenapa prempuan tu pakai seluar?? demmit!
Post a Comment