Keputusan e-Rayuan ke IPTA lepasan STPM/SETARAF 2011/2012 dikeluar hari ini 15/09/2011


Mungkin pada sesetengah orang hari ni tak bermakna, tapi bagi aku YES. Pasai apa? Nak tengok kebenarannya, betul ke keluar hari ni, kalau tak hado, haa, makann la pemijak kakiku ini. Wahh, ayat berbelit belit. Ni semua gara gara gambar yang kau orang dok tengok kat atas nun.

Bawah ni ada sikit petikan dari Berita Harian,

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai 12 tengah hari ini. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata keputusan e-Rayuan itu boleh diakses pelajar berkenaan melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dasar pemilihan dalam proses e-Rayuan dikemukakan adalah kekal, berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.
“Perlu dijelaskan di sini persaingan dalam kalangan calon yang mengemukakan rayuan adalah sengit kerana terdapat ramai calon cemerlang, sedangkan bilangan tempat disediakan adalah terhad,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam.


Yang tang sengit tu yang merisaukan. Sengit bingittt bagai disengat sengat! Okay, tak da kene mengena, agak agak aku dapat ke tak aa, aku dah hantar dah result sem 6 tu yang dok heboh heboh kitorang tak dapat pasai tak ada result sem 6. Insya-Allah..kita tunggu je la ye. Kalau aku menjerit jerit jap lagi pepaham ler tu. Kalau aku nangis nangis pun pepaham jelah ye..................




Gedabak besar, tak hado besar lagi kerrwww??

6 comments:

Unknown said...

all the best, wak :)

nurulain1011 said...

thanx eza...heehee.............. ;)

Diana @ BKKC said...

so, result camner???

Afikah Aziz said...

insyaAllah2 doa byk2 :)

tiefazatie said...

xpe..doa bebyk ye..

Jenny Pa-un said...

smoga berjaya cik ain huhu...gud luck