The Only Kad Raya For This Joyful Year 2011





Ok, bapak panjang punya tajuk just nak katakan yang untuk tahun 2011 ni aku dapat satu atau 1 kad raya. Ahaa! Tak teruk pun rekod tu kalau nak dibanding bandingkan dengan tahun sebelum sebelum ni di mana, tiada jumlah kad raya direkodkan. =.=


Siapa yang bagi? Siapa? Wahh, kad ni diterbangkan khas oleh Cik Yayath. Wahh, terima kasih sahabat bloggerku. Muahh muahh lap U. Should I call u akak? Thehee, thank fer da duit raya sis. Sambil aku terkebil-kebil atas katil, aku dilemparkan sepucuk kad raya. Kroih..kroihh






Haa,cumil kan? Content dia pun berwarna. Tengok tengok, ada duit raya! Hehe. duit raya paling awal. Terima kasih sis. Timetime tak hado duit nih, kalau dapat seringgit memang bersinar sinar mata. =.=
Dan tadi jugak aku mengade ngade nak buat kad raya & terus hantar. Tulis kat giant hokei. Kelass gitu!


Ambik, gambar aku setepek kat sini!


Haa, rajin tak? Rajin tak? Siap bawak gam derr.Time tu jugaklah aku beli kad, time tu jugaklah aku tulis surat cinta, time tu jugaklah aku terus pos. Pheww~ macam nak kene sebat montot aku nak tunggu orang kat post office tu. Bapak gila ramai. No aku, 1583, no sekarang 1515, eh tiba tiba ada makcik sedekah nombor giliran, 1560, cehh, tersengih macam kerang busuk kat depan orang ramai tu.


Dan dan time tu jugak, aku menarik dan dia orang dengan rela ikut aku jalan jalan dalam giant sementara tunggu nombor bertuah tu. Adik adik tiruan aku ye. Meng-ekorbuntuti aje. Tup tupp datang balik, 1560 dah terlepas! Hah, hamek kau, berjalan sana sini, siap pergi teman budak ni kencing bagailah. Caitt, menunggu nombor 1583. Muujur tak lopeh! Dan dan jugak time aku duduk dekat kerusi, ade mamat ni bagi nombor giliran lagi. Apa muka aku ni muka kaunter nombor hape? Semua orang nak sedekah nombor pulop. Hamekk je la. Kecik hati pulak kang tak amikkan. 1632, hamek kau! Berjela lagi. Simpan jelah nombornombor tu. Buat kenangan. hoho =.=




Psst: Baru aku tau setem 30 sen tak ada dah nak buat pos suat. 60 sen sekarang nih. Haishh, nampak benor tak bermasyarakat sampai harga setem pun tak tau. Hoho =.=



4 comments:

sergeant keroro said...

wah wah, kad raya yang comel. hehe :P

cik Beskod said...

wah dapat kad raya huhu.. slmt hari raya cik ain hehehe :)

yayath said...

heee...da dapat ye?hehe..:)
x kesah pggil apeape pun...tapi kebanyakan kamukamu semua lagikk muda.terasa diri ini kakakkakak...hoho~~

Yana Farinha said...

comel kad raye die!! hee