Otak Cacat

Assalamualaikum w.b.t


Kuota berokband internet aku dah abes, diulangi dah abes. Haha, padan muka 'Ain. Ada tak blogger blogger yang kiut miut di sini tau apa apa apps untuk chatbox aku tu? Aku da try carik tapi tak jumpa.



Oh takpe la berok da mampos, tapi ada satu lagi yang menggusarkan hati beta. Iaitu keputusan feferiksaan saya. Berdebar bukan sebab result beta gempak, tetapi disebabkan otak cacat masa jawab hari tu. T___T



Dan keSTRESSan ditambah dengan rakan rakan shekhelas yang mengupdate status fb beliau,


Joyah : 'Bila result exam nak keluar? Dah termimpi mimpi dah ni'

Senah : 'Tak sabar rasa nak tunggu result kua. I dapat buat aritu tau!'

Pipah : 'Exam aritu memang confirm lulus, tinggal dapat A je'


Antara status bikin cacat otak.



Dan aku, aku, aku di rumah, bagai mata disembur racun tikus membaca status status tersebut. Bedebaq abaq hang! Tak pernah dalam hidup aku tak boley jawab exam. Ni mesti kes banyak dosa kat kawan kawan takpun lecturer takpun dekat diri sendiri.



Jadi di bulan Ramadhan yang mulia ini, aku berharap doa doa aku dimakbulkan Allah s.w.t. Usaha sudah, tawakal je la kan. Walaupun rasa macam nak potong urat tangan kiri kucen aku pakai pisau doposen, tapi aku tak sampai hati. Aku sayang kau demok.


Mr. Demok




Lots of love,



2 comments:

زليخا said...

ahaha..comelnya demok!
btw..allthebest result!
inshaallah deen list tuhhh...
yg penting doa!
doa senjata org beriman..

Teena Tna said...

All the best for your result!