Blogshop Pilihan 'Ain

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun aku buat review pasal blogshop ni, tapi aku jarang beli online nak nak lagi kalau baju, bimbang nanti baju yang dihantar tu akan dirabakkan oleh badan aku ni. T__T Tapi kalau shawl or other accessories, aku beli la. Sebab takkan rabak dan kompem comel. ;)

Blogshop Shawl/Tudung etc

Radiusite


Radiusite ni memang aku wajib bukak walaupun tak ada desire nak beli sekalipun. Mungkin sebab tudung yang dijual nampak menarik and gambar pun meletop gitu. Harga a bit expensive tapi berpatutan dengan kualiti dan design tudung dia. First choice! Teehe


Scarfsweethoney


Nama kedai pun dah comel, tudung yang dijual pun mestilah comel comel jugakkan. Kat sini pun aku suka lepak lepak gak untuk buang masa sambil mencuci mata. Harga pun bagi aku okay terutama bagi spesies yang tanam anggur macam aku ni. Senang cerita, affordable price.

Happy Life Shoppe
Dekat sini pun adalah tempat untuk aku meluangkan waktu waktu rehat. Bolehlah kalau kau orang berminat nak usha usha ke. Dia ada facebook and blogshop. Sebenarnya banyak lagi blogshop tudung ni, kalau aku listkan semua kang jenuh pulak kau orang baca kang.

Blogshop Baju etc.

The Poplook
Kat sini baju comel comel and kebanyakannya adalah dress and their siblings. Aku tak beli kat sini, sumpah. Haha, tapi kawan aku selalu beli kat sini. Kalau boleh tiap tiap minggu nak beli baju kat sini. Jadi I assume memang berkualitilah dia punya barang kan. Kalau tak berkualiti mesti customer lari.

Mazlianul Maznan
Aku suka jugak jeling jeling kat sini sebab design baju dia yang menarik plus trendy plus cute. Macam biasa aku cuci cuci mata je. Haha. Kalau nak tengok banyak lagi koleksi baju Mazlianul Maznan ni, kau orang boleh pergi kat Facebook page dia. Eh, perasan tak yuyu kat situ?

CalaQisya
Nama comel, baju comel orangnya pun comel jugak. Kat sini ada banyak baju comel comel. Baju raya memang comel. Disebabkan banyak faktor comel, so orang comel macam aku memang suke usha usha kat sini. Ehh?


So, itu jelah kot yang aku nak share. Kalau kau orang ade lagi blogshop yang comel comel baju dia or shawl or whuteva it is, silalah share dengan saya. Mana tau, aku teringin nak beli pulak ke kan. Ataupun aku bermurah hati nak belanja semua followers aku sorang dapat sehelai shawl termasuk jejaka jejaka malaya sekali aku bagi shawl. Haha, merepek!

Sekian.

4 comments:

| CIKZEK | said...

huhuhu blogshop yg femes2 ni sllu sgt sold out ! sedeyyy tau. kte sllu je xdpt beli. ehh tp kan, cmne nk order kt poplock tu eh ?? xreti aaa. huhuhu

nurulain1011 said...

Sama la. Asal time saya terjah je semua dah sold out sold out. Ganas betul dorang membeli belah. haha. Lajuu je. Pasal poplook tu nanti saya tanya dekat kawan saya. Saya xpernah beli kat situ. ;)

merahitujambu said...

semua cantik2

Anonymous said...

weh agak2 tudung pepel yg 1st tu sesuai x ngan gua?? kahkahkah

gua cuma akan beli on9 bila benda tu x dijual kt kwasan gua tinggal~tu pon kena beli nga pnjual yg betol2 leh caya