♥Arghh Sahur Macam Tanah Liat♥

Assalamualaikum w.b.t


Adikadik tiruan aku adalah paling liat seliat yang mungkin nak bangon sahur. Maklumlah umur sepuluh tahun dengan enam tahun. Siap bergaduh gaduh nak suruh bangun. Hhaha.Tapi aku paksa jugak bangun. Yelah, karang tak pasalpasal taknak pergi sekolahla, lapar kat sekolah la. Tak boleh tak boleh. Kejam 'Ain!


Jadi, kenapa pentingnya sahur ni? Takyah makan pun gua boleh tahanlah derr


Daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua makan sahur, sesungguhnya dengan bersahur itu akan beroleh keberkatan.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.”(Hadis riwayat At-Tabrani).


Kesimpulannya sayang sayangku, jangan lupa bangun bersahur. Banyak kelebihannya. Bukan susah pun. Bangun pergi makan, bukan suruh tembak gajah. Huuhu


12 comments:

SN said...

adik2 tiruan??heeee

Alif Haris said...

sahur jgn ta sahur ..
ada keberkatan dlm bersahur itu :)
semoga puasa kita lebih bermakna dan bernilai ^^

K said...

baru jek lepas siap sahur ni, hehe XD

Cik Kasut said...

wak comel katun..hahahaha...2 ler pasai..tp kali punyer sahur x leh nak masuk nasi da...tgk nasi dlm periuk jer aloi kembang tekak...hahah org len ngandung orang yg kena tempias...so minum milo cicah biskut jer...tgk org len mkn nasi wah sedapnyer nak telan...kang konfem tekeluar balik punyer :(

Jenny Pa-un said...

ow.. mcm tu hehehe.. kalau saya nak puasa sekali boleh tak cik ain??hehehe

cik helena said...

adik2 tiruan>?hehe

Unknown said...

kalau bersahur dapat pahala. best best :D

nurulain1011 said...

tasha and eyfaalias : adik tiruan tu sepupu. hehe

nurulain1011 said...

alif haris and keroro : selamat bersahur. thanx ;)

nurulain1011 said...

cik kasut : yang saya pulak, tak kisah la pagi buta ke tengah malam ke, sedap aje makan. haha.

nurulain1011 said...

cik beskod : meh buchuk buchuk..hehe

anez zamri said...

bersahur boleh bagi kita tahan lama sikit.. :)