Assalamualaikum w.b.t
Tajuk bajet omputih. Bahasa melayu nya, kenapa aku sebok sebok nak kuruskan badan. Pejadah? Orang semua bising,
'Kau nak kurus mana lagi. Kurus dah tu'
Ini mencabar otak aku ni, tang mana kurusnya. 61 kilogram dengan ketinggian 159cm. Itu masih gajah ye wahai orang kampong. Ini semua POYO!
Sebab sebok nak kurus?
2- Balas dendam. omputihnya, revenge. Uihh, apa kaitan diet dengan balas dendam. *Sigh
3-Nak pakai baju tak muat sendat nak mampos yang aku beli. (Padah beli baju tak ukur saiz badan sendiri. Perasan kurus!)
4-Akibat hari-hari dok ngadap KevinZahri.com. Erk, abang Kevin dipersalahkan.
5-Rasa mengah-mengah macam orang tak cukup makan. tak cukup oksigen. Padahal makan dah banyak macam gajah
6- Gemuk perasan kurus. ( Ini ayat sentap)
WARNING! Yang tengah diet jangan tengok gambar ni.
Dap ee dap ee. Lama dah tak jumpa kau sayang.
Jadi, apa pencapaian si debab ni setakat ni?
Awal semester dua
Awal semester dua
74.4 masa awal sem dua aku aritu. Seriesli, nasib baik tak pecah penimbang kawan aku si tikos. Dan waktu tu masih perasan lagi diri belon ni kurus. Ouchh! Perasan terlebih aku ni. Bajet howttt~ . Tak munasabah langsung, baju dah tak muat tapi buat buat macam muat. Ape ni?
Akhir semester dua
Habis sem, maksudnya masa 3 minggu lepas rasanya, berat dah 62.5. Ewah, sebulan time exam aku bantai makan macam dinosor. Tapi, berat tak naik, indah indah indah. Alasan nak makan macam gajah? Time exam, otak nak pikir lebih. Apa punya alasan la, tu alasan orang belajar last minit. Kehkeh
30/01/2013
Sekarang, pagi ni, pagi tadi, aku timbang, jeng gojeng gojeng,
60.4
Fuhh~ still bajet kurus padahal lemak lemak yang bertebaran hanya diri sendiri yang tahu. Tang tangan ni dia cam liat nak mampos taknak kecik bajet cam lengan Hamis Jalikha. Tett~
74.4
65.0, come to mama, come to mama.
Time 74.4. Seriesli, tak nampak debab kan? Disebabkan gambar pose pose macam ni la aku selalu perasan kurus. Padahal......................................... kuang kuang kuang. Bergegar uitm bila aku berlari main kejar kejar. Nak nak lagi bila aku buat skipping, gempa bumi kat shah alam jap.
So, sekarang ni aku tengah bereksperimen dengan makanan untuk get rid another 5 kilos. Go 'Ain! Sedapnya la bau lauk mak aku masak. Kehkeh. Memang kalau duduk rumah ni, heaven. Ini satu cabaran, nak nak lagi mak masak sedap kalah chef kat hotel yang masak tah hape hape tu.
Antara sumber inspirasi dan yang banyak membantu dari segi info-info kesihatan:
Bob Herbalife. Even aku tak amek Herbalife pun, tapi still refer by tengok facebook dia.
Tia from Kevinzahri.com. So adorable like a doll.
Nampak kan perubahan? Very inspired!
Comel gila minah ni. Like 1000000x
And so many more. You can fine them in Kevinzahri.com. Banyak jugak refer kat situ sekarang ni sebab sekarang aku tengah buat diet kalori. Siapa kata tak berkesan? Berkesan tau. Kena pandai kira je. Masa mula mula nak kira aritu, pening gak la kepala otak aku pikir. Kalori ni menatang ape ek. So, kalau nak tau kira kalori semua, boleh pegi dekat Cekodok.com.
Misi seterusnya,
55 kilogram
No comments:
Post a Comment