Hari ni aku nak buat kajian sikit tentang KUCING. Miauu miauuu!
From KATDOODLES. Bukan aku lukish.
Kucing adalah comel.
Kucing adalah lembut.
Kucing adalah montel.
Rasulullah SAW menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Bahkan dibolehkan untuk berwudhu' menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Nama kucing Rasulullah SAW adalah Mueeza.
Nama kucing aku? Nama kucing aku macam URBAN sikit. BOBOY, BLACK, BABY, BEN AFFLECK, LEE MIN HO. Okay, Ben Affleck dengan Lee Min Ho tu tipu.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok seperti gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Haa, tengok, puhh lidah kucing ni bagus rupanya. Tak sia sia aku suruh BOBOY jilat jari jemari aku. Time tu jari aku tu gatal, aku suruh la dia jilat! Haha. Tak pun aku suruh si BOBOY gigit kat tempat gatal tu. Macamana aku suruh dia jilat? BOBOY, NAK TUMPANG MANDI JARI (time tu dia tengah mandi a.k.a sebok dok jilat satu badan. haha) TANJAT BOBOI!
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria.
Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Komen positif ni. Nampaknya akan setiap saatlah aku peluk peluk si BOBOY!
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahwa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing,
manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia.
TAPI TAPI TAPI, KENAPA BOBOY TAK SUKA MANDI?!! MANDI KAN PENTING!
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Legaa cek dengaq!
Tapi kalau dah buruk benor rupanya, terus aku humban dalam JAKUZI kat rumah. Wow! Nak yang hot aje. Taklah, humban dalam akuarium kaloi ayah saya! Haha
Sape BOBOY ni? Dok sebot BOBOY BOBOY dari tadi. Bak sikit nak tengok rupa!
Taataaa!
SUMBER

